Pages

Wednesday, March 21, 2018

Bermalam Di Laut


“Semat, lusa ke laut jom” kata Abu Lusia pada petang yg hening di kedai kopi Janda berlagak gedik.,… “aku dengaq hang beli mesin rod baru,? Apa brand?.. “Brand Smartno la” sambil mengembang² lubang hidung tanpa sempadan. “Aku beli ni mahai oo hg nak tau, nasib baik tokey kedai tu bagi diskaun”  “Mesin ni pun ada satu jer, yang aku beli ni kira last stok, kalau pi cari kedai lain memang tak dak dah la” sambil membetulkan kedudukan punggung yg makin berkembang dan oksigen dikawasan sekitar hampir nipis disedutnya. “Ha tunggu apa lagi lusa jom la, bila lagi nak test mesin baru” Kata Abu Lusia yang merah telinga, kecil biji mata. ‘Ok sat aku nak p beli tali, tali belum pasang lagi, tak tau nak guna tali mana, mono ke sulam,’ kata Semat. “Sulam la, apa gila barang pakai tali tangsi mesin mahai” Kata Abu Lusia. “Tu la aku ingat nk ambik tali saltimah, modal agak tinggi la” kata Seman..
“ Haaakk tuiii, ada hati nak beli tali saltimah, pada² dah la, modai tak dak, nak beli!?.” Kata Abu Lusia sambil sebelah tangan diangkat tinggi. Semat hanya ketawa tersengeh². Antara 15 hingga 30 saat kemudian Abu Lusia pun tersengih sambil ketawa cover.. “tak pa, aku beli tali biasa² ja, yang 30lb dah lah” kata Seman tersengih. “okey dah la tu,” balas Abu Lusia sambil sound sikit lagi pasal tali saltimah.


*kisah ini tak dapat dihabiskan kerana kata² sombong dan bongkak kaki pancing dah pergi seperti angin nan lalu. Selepas berkecimpung dalam dunia hanyir perasaan itu mula hilang, tertelan dan terhadam dalam usus kecil keluar ke usus besar. Ternyata kaki-kaki pancing sembang deras jer, tiada jiwa dan perasaan sombong serta bongkak adanya pun. Hanya kata² pedas telinga dan riak hanya di darat, bila di lautan segala²nya kerdil bak tunggau di celah² kaki. Kisah di atas ditaip pada 2012 dan perenggan ini dibuat pada disember 2016.


Perasaan atau feel dah mula terpadam, jiwa dah mula berubah, pengalaman dilaut banyak mengetuk pintu syahdu. Ingin sekali ku cerita kan pengalaman berada di lautan apa yang ku lihat mungkin sama dengan yang kamu lihat cuma terjemahan kita berbeda-beda. Di atas kapal yang besar tetapi terlalu kerdil untuk lautan. Pandangan hujung lautan yang tiada sempadan, pergerakan awan yang terbentuk dari pandangan luas seakan-akan berbentuk sfera berserta cahaya matahari terhalang di kejauhan tertinggal warna-warna yang menyantun alam. Camar dan layang² terbang bebas kelihatan penat tanpa persinggahan. Hanya menantikan sampah² hanyut atau bot² nelayan untuk merehatkan sayap dan melepas lelah. Air lautan yang begitu tenang tanpa ombak tapi didalamnya amat bergelora berserta ikan² yang memburu mangsa, dapat dirasai tanpa dapat melihat. Angin lembut menyapa kalbu di siang hari boleh betukar menjadi gelora yang tidak selesa untuk perut. Berdiri bergoyang, duduk bergoyang, tidur bergoyang makan bergoyang, berak bergoyang-goyang. Masa ini pasti daratan amat dirindui……









*p/s : usah di layan, Tahun ni lesen admin kena tarik.. hahaha 😭