“Semat, lusa ke laut jom” kata Abu Lusia
pada petang yg hening di kedai kopi Janda berlagak gedik.,… “aku dengaq hang
beli mesin rod baru,? Apa brand?.. “Brand Smartno la” sambil mengembang² lubang
hidung tanpa sempadan. “Aku beli ni mahai oo hg nak tau, nasib baik tokey kedai
tu bagi diskaun” “Mesin ni pun ada satu
jer, yang aku beli ni kira last stok, kalau pi cari kedai lain memang tak dak
dah la” sambil membetulkan kedudukan punggung yg makin berkembang dan oksigen
dikawasan sekitar hampir nipis disedutnya. “Ha tunggu apa lagi lusa jom la,
bila lagi nak test mesin baru” Kata Abu Lusia yang merah telinga, kecil biji
mata. ‘Ok sat aku nak p beli tali, tali belum pasang lagi, tak tau nak guna
tali mana, mono ke sulam,’ kata Semat. “Sulam la, apa gila barang pakai tali
tangsi mesin mahai” Kata Abu Lusia. “Tu la aku ingat nk ambik tali saltimah,
modal agak tinggi la” kata Seman..
“ Haaakk tuiii, ada hati nak beli tali
saltimah, pada² dah la, modai tak dak, nak beli!?.” Kata Abu Lusia sambil sebelah
tangan diangkat tinggi. Semat hanya ketawa tersengeh². Antara 15 hingga 30 saat
kemudian Abu Lusia pun tersengih sambil ketawa cover.. “tak pa, aku beli tali
biasa² ja, yang 30lb dah lah” kata Seman tersengih. “okey dah la tu,” balas Abu
Lusia sambil sound sikit lagi pasal tali saltimah.
*kisah ini tak dapat dihabiskan kerana
kata² sombong dan bongkak kaki pancing dah pergi seperti angin nan lalu.
Selepas berkecimpung dalam dunia hanyir perasaan itu mula hilang, tertelan dan
terhadam dalam usus kecil keluar ke usus besar. Ternyata kaki-kaki pancing
sembang deras jer, tiada jiwa dan perasaan sombong serta bongkak adanya pun. Hanya
kata² pedas telinga dan riak hanya di darat, bila di lautan segala²nya kerdil
bak tunggau di celah² kaki. Kisah di atas ditaip pada 2012 dan perenggan ini
dibuat pada disember 2016.
Perasaan atau feel dah mula terpadam,
jiwa dah mula berubah, pengalaman dilaut banyak mengetuk pintu syahdu. Ingin
sekali ku cerita kan pengalaman berada di lautan apa yang ku lihat mungkin sama
dengan yang kamu lihat cuma terjemahan kita berbeda-beda. Di atas kapal yang
besar tetapi terlalu kerdil untuk lautan. Pandangan hujung lautan yang tiada
sempadan, pergerakan awan yang terbentuk dari pandangan luas seakan-akan
berbentuk sfera berserta cahaya matahari terhalang di kejauhan tertinggal
warna-warna yang menyantun alam. Camar dan layang² terbang bebas kelihatan
penat tanpa persinggahan. Hanya menantikan sampah² hanyut atau bot² nelayan
untuk merehatkan sayap dan melepas lelah. Air lautan yang begitu tenang tanpa
ombak tapi didalamnya amat bergelora berserta ikan² yang memburu mangsa, dapat
dirasai tanpa dapat melihat. Angin lembut menyapa kalbu di siang hari boleh
betukar menjadi gelora yang tidak selesa untuk perut. Berdiri bergoyang, duduk
bergoyang, tidur bergoyang makan bergoyang, berak bergoyang-goyang. Masa ini
pasti daratan amat dirindui……
*p/s : usah di layan, Tahun ni lesen admin kena tarik.. hahaha 😭