Maka bergegaslah ahli komplot seperti hembusan angin lubang hidung meniup bulu hidung ke Pulau Pinang pada pagi waktu orang-orang masih berkerja.
Seramai 9 orang ahli komplot yang masing² ada yang berat hati, berat gigi, berat lagi barang² hantaran menerjah 2 biji kenderaan ke Teluk Kumbar, Gertak sanggul dan seekor Kancil dengan muatan lori mendaki dari Balik Pulau terus ke tempat yang diputuskan untuk membawa bekalan keperluan bersama pejuang jigger yang tersepit dicelah tong umpan.
Tiba di tempat yang ditetapkan maka bergotong-royong lah sekelian makhluk memindah barang² hantaran ke kapal Jack Sparrow hero solo jer.
Seorang perjuang kelihatan didera dengan jayanya menghantar dan mengambil barang dan orang dari bot kecil ke bot yang besar sebanyak lima pusingan.
Jurus teratai menangkap air digunakan untuk mengendalikan bot kecil ini kalau tidak memusing². Masa ni masing² memandai jer load barang bersungguh² ke bot. Tiba jer Tekong dengan selambernya membawa bot rapat ke pantai. Wahahahaha
Sekelian kalinya berangkatlah kapal membelah ombak dengan kelajuan penarik beca. Di awal pejalanan yang agak tenang
Pejuang pun mengambil tempat berehat-rehat, berselfie sambil perjalanan dikendalikan oleh tekong E kurat.
Kelihatan Tekong E Kurat dengan segaknya mengharung laut nan tenang.↓
serius jer kapal dagang kat depan tu oi.. |
Seronok pulak tangkap gambar senjata yang digantung.. hehehehe
Setelah sekian lama mengharungi ombak, hujan dan kegelapan malam, maka sampailah perjuang² ke pulau tidak berpantai TUKUN PERAK. 12 jam perjalanan yang dihabiskan dengan waktu tido yang cukup-cukup. Lebih tido dari cukup. Tidak lah hamba dapat mengambil gambar pada malam hari kerana cuaca tak mengizin kan tambahan gambar hitam nak buat apa.
Seiringan camar pagi bergegaslah jigger² dan popping mengambil tempat memulakan rutin perjuangan dalam keadaan air laut mati.. hahaha Air mati hahahaha
Hasil jigging pertama untuk perjuang jigger.
Close up jig |
Menurutkannya, lepas ni dia nak menggunakan tali rapia yang lebih berwarna-warni untuk menjinakkan makhluk tersebut. (terbaik lah pawang \m/)
power dah low |
Sedikit tatapan permandangan Tukun Perak dengan air lenang hehehehe, ikan ada ganaz pulak tu cuma air kurang pergerakan jadi keaktifan ikan memakan kurang.
Tiba di unjam kelihatan pejuang² teruk dibelasah Ruan Tasik. Penggunaan Rod: 0.8-2 Tali:20lbs
Shock leader 20lbs Jig: storm 40gram. Perjuang lah mereka dengan tawaf satu bot. hehehehe
Pejuang ni paling teruk kena dera |
Dengan tenang juga bottom dimakan ikan, kira bottom pun layan jigging pun layan. Hebattt.
sungguh indah dimata sedap dimakan |
Apa nama ikan ini entahlah. Patik kurang periksa tuanku |
Arjuna manakah telah berjaya menjinakkan binatang ini. Dahsyat betul teknik persilatan dia |
↓
Hasil yang tidak seberapa ini telah dibahagi dengan jayanya. Cukuplah dengan rezeki yang Allah Ta'ala berikan. Alhamdullilah.
Begitulah cerita temberang oleh Lebai tersebut bersama aksi dan gaya yang berjaya memperdaya beberapa pejuang-pejuang lain. Selepas kisah ini maka bertaburan lah pejuang² pergi berjuang kelautan yang lain, ada yang sudah ke Noh Kiau, ke Burma Bank dan tahun depan ada yang berjuang ke Luconia. Selamat berjuang.
macam biasa bersambung
Majulah sukan untuk negara.
p/s: Tak dapat nak upload video penderaan, hehehehe