Pages

Monday, February 27, 2017

Tuas Payar Trip Berdarah Telinga

Kumpow itu coklat

Lokasi : Tuas Payar
Tarikh : 25.02.2017
Tekong : Lan Mazlan
Ahli Komplot :
1.  Shauqi a.k.a otai key (Kaki taruh)
2.  Dayat a.k.a. Saudagar tapau
3. Abus a.k.a Super model
4. Umai a.k.a will be Legend
5. Am a.k.a Panas line
6. Ajaq a.k.a Moed (buat kacau)

  Bertolak seawal pagi 5 dari Penang menghala Aloq Staq, singgah pasar Alor Staq mencari bekalan perut, dan sedikit umpan termenung. Terus ke Kuala Kedah, sampai jer di pengkalan bot, kelihatan air surut tekong tidak kelihatan sedang membeli minyak katanya. Maka sempat lah upload kelengkapan dan sesi sembang sambil perangat.

semua kelihatan bersemangat

 T'shirt by TEAM KITA,  bergambar dulu sebelum kerja kuat.
 Kelihatan air yang agak surut baru nak pasang terpaksa lepak sekejap sambil memasang kelengkapan supaya mudah kerja kata orang. 






  Wajah-wajah polos semasa masing-masing membaham kengkawan. Ayat tak boleh blah "diam-diam hampa dengar tak,? ikan tu duk gelak kat hampa".

 Fist strike maka terdengar lah kata² manis, pedas, masam, pedih menikam gegendang telinga. Pendekar² laut mula terasa terancam  gerak kerja dikuatkan lagi dengan jurus² jigging, membulu, casting, appolo dan segala macam bottom dilepaskan Ada yang tak tahan dan buat-buat nak mabuk,

   Tenggiri kedua dinaikkan oleh will be legend tapi gambar x dirakam sebab menghormati jig yang terputus, kemudian dia buat pulak dengan tenggiri kedua gambar juga tak dirakam menghormati rakan² yang terkorban pintail dan jig.
 Masih² panas dengan kepanasan teriknya matahari dengan kelihatan ikan diatas melambai² serta menari² riang diluar sasaran tuas. Ada yang berbulu dan menyirap, selepas pada tu masing² mula mendapat cencaru kuda habuan modal nak membaham kawan² yang lain yang masih berusaha.

Akhirnya Super Model berjaya mendaratkan ikan menyebabkan ahli² lain mula tak keruan. Sebab dia ni hero last minit, sebelum ni segala trip dia memang ikan last dia boleh habuan... Rekod hero last minit pun x pernah lagi pecah.

   Kemudian tekong membawa ke Tuas Darat dan hasil nya kosong, Rekod bersih Super Model  akhirnya masih kekal. Kelihatan darah mula meleleh pelahan² di telinga pada penjuang² lain, terus mengalir dari laut hingga kedaratan membawa ke malam dan keesokan harinya.

  Sekian sahaja laporan dari bilik kalis berdarah telinga. Alhamdullilah trip selamat pergi dan balik, hujan lebat menanti di darat menghilangkan kesan² bunyi pedih.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Trip Payar dengan jayanya. Syukur pada Ilahi yang memberi rezeki pada makhluk². Gambar hasil dan Ahli komplot


 p/s: majulah sukan untuk Negara
#TEAMKITA
#sakittelinga
#leftgroup
#buatlain